RHB, Maybank, Public Bank tidak kenakan faedah kompaun untuk tempoh enam bulan moratorium

oleh Mohamad Hanif|
RHB Banking Group (RHB) mengumumkan bahawa ia tidak akan mengenakan faedah kompaun bagi tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman selama enam bulan untuk pelanggan runcit serta perusahaan kecil dan sederhana berkuat kuasa 1 April.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi pembiayaan Islam, RHB akan terus mematuhi prinsip tanpa keuntungan kompaun, menurutnya.

“Moratorium ini adalah secara automatik kepada semua pelanggan RHB Bank dan RHB Islamic Retail serta pelanggan PKS, kecuali kemudahan pinjaman/pembiayaan yang tertunggak melebihi 90 hari.

“Jumlah bayaran ansuran juga akan kekal tidak berubah selepas moratorium itu ditarik balik dan tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selama enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kemudahan kad kredit, pelanggan boleh memohon untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman berjangka tiga tahun dengan kadar faedah dikurangkan, katanya.

Sementara itu, laporan daripada The Malaysian Insight menyebut Maybank hari ini mengumumkan tidak akan mengenakan faedah kompaun terhadap peminjam individu serta pemilik syarikat kecil sederhana (SME), pajak gadai, Amanah Saham Bumiputera (ASB), dan juga pendidikan.

Public Bank juga dalam satu siaran media mengumumkan langkah yang serupa di mana tiada sebarang faedah kompaun akan dikenakan sepanjang tempoh 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

Sumber: Bernama, The Malaysian Insight

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Buletin TV3 menyebut, identiti lelaki tular berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan…
Berita Domestik
Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang…
Berita Domestik
  "Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam sudah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan…