RFID: Pengguna mengadu kesesakan trafik di plaza tol

oleh Mohamad Hanif|
Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara hari pertama pelaksanaan penggunaan tag RFID sebagai cara pembayaran tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Menurut laporan daripada Kosmo!, kesesakan trafik berlaku di tol Bandar Seri Putra, Bangi menyebabkan pengguna mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.

Keadaan yang sama dilaporkan berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 km menghala ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati orang ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pembukaan lorong-lorong RFID yang didakwa menyebabkan kesesakan teruk pada pagi ini.

Pengguna juga mendakwa, terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.

Terdahulu, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari.

Sumber: Kosmo!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan…
Berita Domestik
Namun, para pengguna yang ingin masuk atau keluar dari Pulau Pinang melalui dua plaza tol (Bandar…
Berita Domestik
  Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu…