RFID pada nombor plat, roadtax dapat kesan aktiviti jenayah

oleh SALINA JALIL|
Penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada nombor plat dan pelekat cukai jalan (roadtax) boleh membantu mencegah dan mengesan aktiviti jenayah.


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perkara tersebut pernah dicadangkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Saya pernah cadangkan masa saya berkhidmat. Ia boleh mencegah jenayah dan juga mengesan mereka yang melakukan jenayah,” katanya dalam satu ciapan di Twitternya, pada Selasa.


Dalam pada itu beliau berkata, nombor plat kenderaan seharusnya dikeluarkan oleh pihak berwajib.

 

“Nombor plat harus dikeluarkan oleh pihak berwajib dan bukan kedai biasa,” ujar beliau.

 

Malaysia disasarkan memperkenalkan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya menggunakan teknologi RFID menjelang 2025.

 

Pada masa ini, penggunaan teknologi RFID memerlukan pengguna membeli sekeping tag dari Touch ‘n Go pada harga RM35.

 

 

Sinar Harian