Acara ini merupakan peluang yang terbaik untuk pemilik dan peminat sukan kereta lasak di luar sana untuk mereka hadiri.
Ianya juga acara yang sesuai untuk para pemilik menguji ketahanan dan kebolehan jentera masing-masing, sambil menikmati pelbagai laluan mencabar.
RFC Grand Finale akan diadakan di dua tempat mengikut tarikh yang ditetapkan. Pertama, bertempat di EXPO Tropicana Garden Mall pada 26 hingga 27 November 2022 sebelum beralih ke daerah Bera, Pahang bermula 29 Disember 2022.
Acara ini bakal disertai oleh seramai 250 peserta tempatan dan 150 peserta luar negara.
Tedapat pelbagai jenis kenderaan menarik yang bakal dibawa dalam acara ini, bermula dari kereta standard hinggalah jenis prototaip. Antara kategori kenderaan yang akan dibawa ialah, R1 Prototype, R2 Semi Modified, R3 Standard dan ATV.
RFC Grand Finale diadakan bertujuan bagi merancakkan lagi permotoran lasak untuk menaikkan nama Malaysia di peta dunia, sebagai tempat pelancongan untuk aktiviti kembara lasak dan menarik peminat permotoran lasak luar negara.
Penulis: Ahmad Danial Yasin