Rezvani lancar Beast Alpha (RM400k)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembuat supercar dari Amerika Syarikat, Rezvani Motors melancarkan model terbaharu mereka – Beast Alpha yang dikira sebagai sebuah supercar “entry level” kerana harganya yang bermula pada US$95,000 atau lebih kurang RM400,000.

Berpangkalan di Irvine, California tetapi dengan kilang di Santa Ana, juga di California, Rezvani mula menghasilkan supercar mereka sejak tahun 2014 dengan model Rezvani Beast.

Pelanggan boleh menempah Beast itu dan hanya perlu menunggu antaralapan hingga 12 minggu untuk dibuat di kilang tersebut.

Beast dijual dengan harga US$200,000 atau RM850,000 dan model kedua Rezvani ialah Beast X yang dijual pada harga US$325,000 atau RM1.4 juta. Hanya lima unit yang akan dibuat.

reznavi beast alpha 10

Kerana itu, model Beast Alpha ini dikira sebagai sebuah supercar yang “mampu milik” kerana harganya yang jauh lebih rendah.

Namun Rezvani tidak akan membenarkan Beast Alpha ini kelihatan semurah harganya.

Beast Alpha akan menggunakan enjin Rezvani/Coswort 2.5-liter Supercharged dengan 400 hp, cukup untuk membenarkan pecutan dari 0 ke 96 kmsj (0-60 batu sejam) dalam masa 3.5 saat.

Enjin itu juga direka agar murah untuk diselenggara.

reznavi beast alpha 2reznavi beast alpha 4reznavi beast alpha 3

Bumbung Beast Alpha berkonsepkan “targa” dan boleh dibuka dan ditinggalkan di rumah.

Beast Alpha juga akan datang dengan pintu Sidewinder yang menjadi satu kelengkapan unik pada semua model Rezvani.

Tempat duduk Rezvani direka dengan lapisan empuk yang mencukupi untuk perjalanan jauh. Ada juga pilihan optional untuk tempat duduk dengan komponen carbon-fibre.

rezvani metersrezvani interiorreznavi beast alpha 13

Transmisi pula ialah dari jenis 6-kelajuan manual dengan pilihan optional untuk transmisi sequential-automatik (dan rakyat Malaysia mengurut dada tanda lega kerana ada automatik).

Lampu hadapan yang keil itu menggunakan teknologi LED terkini dan menghasilkan serakan cahaya yang luas dan terang.

Panel meter pula sangat ringkas dan menggunakan paparan digital LCD sepenuhnya, ala perlumbaan.

reznavi beast alpha 9reznavi beast alpha 1reznavi beast alpha 10

Seperti Lotus, Beast Alpha menggunakan bahan komposit untuk panel-panel badannya. Dan untuk ruang enjin, panel penutup dilapikan dengan penebat emas agar haba tidak masuk ke dalam kabin.

Dengan seberat 755 kg dan bentuk yang sangat agresif, hanya yang benar-benar gilakan kereta sahaja yang akan membeli Rezvani Beast Alpha ini.

Oh ya, ia juga datang dengan dua tahun waranti ya.

reznavi beast alpha 7

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Alpha Motors mendedahkan sebuah lagi model yang dinamakan sebagai REX dan diposisikan sebagai…