Rewilding Roadshow pamer keupayaan serba boleh Daihatsu Gran Max 'Green Van'

oleh Mohamad Hanif|
Dengan kerjasama daripada Free Tree Society dan Taman Tugu Project, Daihatsu Malaysia selaku penaja utama program Rewilding Roadshow ingin mengajak rakyat Malaysia supaya membina sendiri ruang hijau mereka di dalam rumah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen Rewilding Roadshow ini bertujuan untuk mempromosikan biodiversiti dan juga gaya hidup yang lebih mampan di kalangan rakyat Malaysia. 

Inisiatif ini menyediakan platform pembelajaran yang tersendiri serta sebuah tanaman asas untuk dibawa pulang, di mana ia telah dipilih dengan teliti supaya mampu diuruskan dengan baik oleh para pengunjung. 

 


"Ini merupakan kempen Fasa Kedua semenjak pertama kali inisiatif 'Rewilding Roadshow' diperlihatkan pada tahun 2019," ujar Muhamamd Fahmi, Pengurus Kanan Perancangan, Produk dan Pemasaran Daihatsu Malaysia. 

"Bersempena dengan ulang tahun ke-40 Daihatsu Malaysia, kami mahu membawakan visi 'Light You Up Action' oleh Daihatsu Global dalam mempromosikan konservasi persekitaran yang mampan menerusi kolaborasi antara FTS dan Taman Tugu Project.

Rewilding Roadshow akan memberikan sebuah tanaman secara percuma kepada para pengunjung pada setiap hujung minggu dan juga cuti umum, bertempat di Taman Tugu. 

Selain daripada itu, Daihatsu Malaysia juga turut membawakan sebuah Daihatsu Gran Max 'Green Van' selama enam bulan (17 Januari-17 Julai) untuk memperlihatkan keupayaan sebenar Gran Max sebagai sebuah kenderaan serba boleh. 

Fasa Ketiga kolaborasi antara FTS akan diumumkan dalam masa terdekat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laman e-dagang rasmi Daihatsu Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis alat ganti tulen dan OEM yang…
Berita Domestik
Kempen tersebut melibatkan 1,451 buah model yang diproduksikan bermula 7 Mac 2018 sehingga 10 April…
Berita Domestik
  Program ini turut disokong dengan kerjasama dengan Yamato Transport (M) Sdn. Bhd. (YTM). Program…