Retromania 2023 beraya sakan di MAEPS

oleh Hamimah Hamid|
LAUTAN motosikal retro berkumpul 'menyambut hari raya' di MAEPS, Serdang yang diadakan pada 4 dan 5 November.

Retromania Auto Show 2023 itu berjaya menghimpunkan hampir 50,000 peminat motosikal dan kereta retro pelbagai jenama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda C70 (lampu bulat), Honda Fame, Yamaha RD, Yamaha YPVS, Suzuki Katana dan Kawasaki KIPS yang gah di jalan raya pada era 70 an hingga 90 an memeriahkan hari raya retro terbabit. 

 

Penganjur program, Mamat Kapar berkata, untuk penganjuran tahun 2023, Retromania Auto Show yang diadakan di lokasi baru iaitu MAEPS, Serdang tetap membawakan tema retro.

Lautan motorsikal retro Di ruang parking atas

"Retromania sebelum ini iaitu dari tahun 2013 hingga 2019 kita adakan di pantai Morib, Selangor dengan suasana pantai dan terbuka.

 

"Untuk kali ini kita cuba sedikit kelainan dengan mengadakan di dalam dewan tertutup serta kawasan lapang sekitar MAEPS, Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan," katanya.

 

Jelas Mamat Kapar, walaupun diadakan di lokasi baru, penganjuran Retromania yang masuk tahun ke 11 tetap mengekalkan tema retro dan membawa konsep lifestyle dari segi pakaian, aturan gerai jualan serta pilihan lagu yang didendangkan kepada peserta yang hadir.

Mamat kapar selalu penganjur & pengasas

° Acara Retromania Autoshow 2023 

 

1. Himpunan motorsikal retro terbesar Malaysia

2. Himpunan RX family

3. Himpunan Mega Kapcai 

4. Himpunan scooter attack

5. Maulid akhbar selawat brothers motor.

6. Himpunan Yamaha Retro kapcai

7. Himpunan vintage 80s BMX

8. Himpunan TZR gathering

9. Himpunan Rockers Semalaya

10. Gathering 70s fesyen revival

11. Gathering Vintage Rayban collector

12. Penampilan artis Ali XPDC dan Hatta Junction

13. Emcee artis Uchop Ahmad.

14. Pameran dan autoshow Motor dan Kereta Retro.

15. Jualan pasar karat/ barangan tikar terbang.

16. Jualan aksesori dan sparepart kenderaan retro.

17. Jualan pelbagai makanan & minuman yang sangat menarik

18. Pameran/ Jualan dari Vendor2 ternama.

 

° Info Pencapaian Retromania

Tiga kali mencipta Malaysia book of Record (2014, 2016 dan 2019) 

1. Himpunan motorsikal retro terbanyak

2. Himpunan motorsikal retro terbanyak.

3. Himpunan motorsikal scrambler terbanyak (2019)