Retro Havoc 2022 berlangsung hari ini!

oleh Mohamad Hanif|
Acara tahunan Retro Havoc kini kembali untuk kali kelapan pada tahun ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Bertempat di Damansara The Curve, B2 Parking Hall itu bakal menampilkan kira-kira 600 buah kenderaan daripada negara seperti Malaysia, Singapura dan juga Thailand.

Ia juga turut membariskan tetamu undangan khas seperti Daijiro Inada, pengasas majalah Option; Shoji Inoue (Starroad Japan), Akira Iida (pelumba professional Jepun), Blake Jones (Speedhunters) serta Masaki Sata (pelakon Wangan Midnight).

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Acara kali ini mendapat sokongan padu dari pihak penaja utama iaitu TOURISM MALAYSIA dan juga penaja bersama LADA LANGKAWI, MALAYSIA AIRLINES, M.A.M, HOTEL ROYALE CHULAN THE CURVE, dan juga dari pihak KBS.

Tiket masuk ke acara Retro Havoc bagi pengunjung adalah hanya berharga RM10 dan pengunjung layak untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama kami iaitu sebuah motosikal Honda C70 “Custom”.

PERCUMA bagi kanak kanak bawah 12 tahun dan golongan OKU.

Pintu utama untuk masuk ke acara adalah melalui “escalator” sebelah McDonald’s di dalam The Curve atau jika anda meletakkan kenderaan di IKEA Damansara, anda boleh terus ke lorong bawah tanah yang menghubungkan The Curve dan IKEA.