Restorasi unik Porsche 911 Carrera daripada pakar fesyen Aimé Leon Dore

oleh Mohamad Hanif|
Aimé Leon Dore bukanlah satu jenama yang biasa kita dengari dalam industri automotif, memandangkan ia lebih sinonim dengan jenama fesyen yang berasal dari Queens, New York.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, pegasas kepada jenama Aimé Leon Dore, Teddy Santis rupa-rupanya merupakan seorang pemilik Porsche 911 Carrera generasi 964, dan beliau bekerjasama dengan Porsche untuk proses restorasi jentera miliknya itu. 
 


Penampilan unik Aimé Leon Dore 964 Porsche Carrera 4 (nama penuh projek) itu merupakan hasil kajian selama berbulan-bulan termasuklah lawatan Santis ke Porsche Museum dan kilang pemasangan 911 di Stuttgart. 

Menggunakan kepakaran Santis di dalam bidang fesyen, tidak menghairankan jika beliau berjaya menjadikan ruang dalaman Porsche 911 Carrera kustom sepenuhnya dengan penggunaan kulit Schott sunflower dan fabrik Loro Piana houndstooth
 


Ruang kabin dikemaskan lagi dengan balutan kulit mewah di bahagian papan pemuka, roda stereng, dan panel pintu, manakala balutan terbalik suede kulit yang sama meliputi bahagian headliner dan bumbung suria. 

Manakala tempat duduk yang klasik itu telah direstorasikan di bengkel Recaro yang terletak di Kirchheim, Jerman. 

Kemasan di bahagian luar mungkin nampak standard pada pandangan pertama, namun anda silap. 
 


Ini kerana layangan warna putih tersebut merupakan kod warna yang sama digunakan pada kedai bertaraf mercu ALD yang terletak di Mulberry Street, SoHo Manhattan. 

Ekor itik yang bertenggek di bahagian belakang merupakan homaj kepada rekaan klasik Carrera RS 2.7, manakala rim Cup 2 pula merujuk kepada Porsche era 1990-an. 

Terdapat pelekat grafik Pegasus yang merujuk kepada jentera lumba Porsche yang bersejarah terletak pada fender hadapan. 
 


Dari segi aspek teknikal, Porsche 911 Carrera ini telah dipastikan menggunakan komponen tulen dan original daripada Porsche dengan bantuan daripada divisyen Porsche Classic. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, anda boleh mendapatkan Nissan Cube terpakai (atau nama rasminya Certified Pre-Owned, CPO)…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Salah satu contoh yang ditunjukkan adalah seperti yang kami paparkan dalam artikel kali ini, di…