Restomod Defender oleh E.C.D Automotive Design, siap enjin Corvette!

oleh Mohamad Hanif|
Hasil tangan pihak E.C.D Automotive Design sememangnya amat mengkagumkan, terutama bagi para peminat Land Rover Defender klasik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit berwarna hijau yang dipaparkan kali ini merupakan salah satu contoh projek restomod yang dibuat oleh pihak E.C.D Automotive Design, dan tidak dapat dinafikan ia mampu memberikan nafas baharu kepada Defender lama ini.

Defender ini menghabiskan masa selama 25 tahun digunakan sebagai kuda kerja di UK sebelum ia dihantar untuk proses restorasi dan overhaul.
 

Defender


Unit trenkuasa standard telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan nadi LT1 bentangan V8 6.2 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa setinggi 450 hp dan 630 Nm.

Dengan unit trenkuasa baharu ini, pecutan 0-100 km/j boleh disempurnakan dalam masa enam saat, dan pihak E.C.D turut melakukan beberapa modifikasi seperti mengukuhkan komponen gandar, sistem suspensi udara, brek Brembo diikuti dengan sistem ekzos daripada Borla.

Bahagian luaran Defender ini dikemaskan dengan warna hijau matte Verde Mantis yang diinspirasikan daripada palet warna Lamborghini, dan dikontraskan dengan bumbung hitam, sebelum dipasangkan dengan sangkar oleng, wheel carrier dan tempat pemijak sisi.
 

Defender


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan set rim Kahn, diikuti dengan gril klasik Land Rover, bampar dengan dengan unit lampu nyalaan siang, serta bampar belakang baharu.

Ruang kabin pula membawakan susun atur tempat duduk 2+2+2, di mana dua baris hadapan dipasangkan dengan tempat duduk Recaro Cross Sportster CS balutan kulit putih dengan ciri pemanas.

Selain itu, papan pemuka, panel pintu dan terowong transmisi turut dibaluti dengan bahan kulit putih yang serupa.
 

Defender


Antara kelengkapan lain termasuklah roda stereng Nardi Challenge, kluster meter baharu, sistem infotainmen Sony, pembesar suara Infinity Kappa, serta teknologi seperti bantuan titik buta, kamera depan dan belakang, penderia undur, Wi-Fi dan juga pengecasan peranti pintar tanpa wayar.

Sudah pasti, kos untuk proses restomod Defender hijau ini bukanlah murah walaupun pihak E.C.D tidak mendedahkan secara terperinci berapa harga yang perlu dibayar oleh pemiliknya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Buat mereka yang cintakan alam sekitar dan bencikan asap, ECD ada menawarkan projek kustom yang…
Berita Global
Anda tidak perlu mengehadkan pilihan kepada bentuk kereta semata-mata, ini kerana contoh yang kami…