Restomod Datsun Z EV - motor elektrik Tesla 400 hp, badan gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Layan filem The Batman yang ditayangkan pada tahun lepas?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ash Thorp, pereka Batmobile bergaya muscle car yang muncul dalam filem tersebut kini telah merealisasikan konsep Datsun Z berbadan lebar.
 

Z


Lebih mencuri tumpuan, Datsun Z ini sebenarnya tidak lagi dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman, sebaliknya tugas tersebut kini digalas oleh trenkuasa elektrik daripada Tesla Model S!

Selepas enjin asal 2.4 liter dibuang daerah, ia telah digantikan dengan motor elektrik berkuasa 401 hp yang diambil daripada Tesla Model S, dan dipasangkan pada gandar belakang.
 

Z


Selain daripada garis bumbung yang masih setia mengikut bentuk asal, Datsun Z ini telah diberikan panel badan lebar diperbuat daripada gentian karbon.

Cermin sisi telah digantikan dengan penggunaan kamera sisi yang berlindung di sebalik fender lebar, sementara keempat-empat sudut dipasangkan rim BBS.
 

Z


Terdapat juga beberapa opsyen rekaan rim yang ditawarkan.

Secara keseluruhan, Datsun Z elektrik ini hanyalah seberat 1,133 kg, atau beberapa kg lebih berat berbanding model asal yang dilengkapi enjin pembakaran dalaman.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…