BMW telah bekerjasama dengan Shell Malaysia dan ParkEasy dengan memperkenalkan Reserve + Shell Recharge bertempat di Sunway Pyramid.
Dengan adanya aplikasi mudah alih ParkEasy, para pengguna boleh menempah slot parkir tersendiri dan mendapatkan slot yang ditempah di seksyen Preferred Parking berdekatan dengan CP2.
Pelancaran Reserve + Shell Recharge ini merupakan satu langkah yang diambil oleh BMW dalam memacu e-mobiliti di Malaysia, di mana 10 tapak pengecasan ini akan dibangunkan di kawasan premis milik Sunway Group.
Lima daripadanya terdapat di Sunway Pyramid, manakala tiga lagi di Sunway Pinnacle dan dua di Sunway Velocity.
Menerusi program kerjasama ini, Shell Malaysia ingin meneroka kemungkinan perniagaan selain daripada stesen runcit sedia ada, selain menawarkan solusi hujung-ke-hujung dengan kemudahan yang ditawarkan.
Para pemilik BMW plug-in hybrid (PHEV) boleh menikmati keistimewaan eksklusif di Reserve + Shell Recharge meliputi pek e-permulaan serta kad e-hadiah bagi mereka yang menggunakan fasiliti tersebut.
Khusus buat 2,000 pelanggan terawal yang mengunakan kod promo BMWMY, mereka boleh menebus lima kredit ParkEasy sebelum 31 Julai 2019.
Kredit ParkEasy ini boleh digunakan untuk tujuan tempahan dan reservasi serta tempoh ruang parkir yang digunakan, manakala untuk pengecasan EV dan PHEV pula tiada sebarang kos dikenakan.
Berikut merupakan cara-cara untuk menempah slot parkir menggunakan aplikasi ParkEasy: