Replika 'McLaren F1 LM' ini asalnya sebuah Porsche Boxster!

oleh Mohamad Hanif|
McLaren F1 LM merupakan sebuah supercar dengan produksi yang cukup-cukup terhad, hanya enam unit sahaja yang dibina oleh McLaren bersempena dengan kejayaan pengeluar itu di dalam kejuaraan 24 Hours of Le Mans tahun 1995.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan oleh enjin yang sama digunakan oleh McLaren F1 GTR 1995 tanpa sebarang pemasangan sekatan, di mana ia mampu menghasilkan 680 PS dan 705 Nm serta pecutan 0-96 km/j dalam masa 3.9 saat sahaja.

Disebabkan unit yang sangat terhad, adalah tidak menghairankan apabila ada unit yang terjual mampu mencapai harga sehingga $19.8 juta (RM83.65 juta)!

 


Namun, bagi anda yang memang kurang berkemampuan untuk mencapai angka tersebut, ada sebuah model 'McLaren F1 LM' yang hendak dilepaskan berdasarkan kepada iklan yang dipaparkan pada eBay UK.

Usah tertipu, kerana 'McLaren F1 LM' ini sebenarnya merupakan sebuah Porsche 986 Boxster yang didatangkan dengan enjin 3.2 liter flat-six yang dipadankan dengan transmisi automatik tiptronic S.

 


Menurut keterangan pemilik, kereta ini dibina di Czech Republic dan masih lagi memiliki spesifikasi asal seperti tempat duduk dengan pemanas terbina, ABS, kawalan kestabilan kenderaan, serta sistem kawalan iklim original daripada Porsche.

Malah, ia juga turut mempunyai sistem pengangkat hidraulik untuk meninggikan kereta apabila melalui kawasan berbonggol.

 


Berdasarkan harga yang terpapar di eBay UK, anda hanya perlu berbelanja sebanyak £51,000 (RM294,468) sahaja (tidak termasuk kos penghantaran), namun melihatkan kepada hasil kekemasan kerja yang dilakukan, ia sudah tentu satu pelaburan yang sangat berbaloi.

Sumber: eBay UK

 

Replika McLaren F1 LM

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun model tersebut wujud di dalam filem, akan tetapi Toyota sebenarnya tidak pernah langsung…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Domestik
  Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di…