Replika Chevrolet Corvette Grand Sport 1963 dari filem Fast Five untuk dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah kereta yang pernah digunakan di dalam penggambaran filem Fast Five akan dilelong oleh VoloCars pada 14 April ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kereta yang dimaksudkan adalah replika Chevrolet Corvette Grand Sport 1963 yang dihasilkan oleh Mongoose Motorsports.

 


Difahamkan, pihak Mongoose Motorsports telah diberikan kebenaran untuk menghasilkan 12 unit replika Corvette Grand Sport ini dan tiga daripadanya masih lagi berada dalam keadaan baik.

Unit yang dipaparkan ini berada di dalam kondisi yang sangat cemerlang antara ketiga-tiga unit tersebut dan ia merupakan kereta di mana watak utama Vin Diesel dan Paul Walker menghabiskan masa ketika penggambaran tersebut.

 


Chevrolet Corvette Grand Sport ini dikuasakan oleh enjin V8 350 cubic-inch yang mampu menghamburkan 380 kuasa kuda dipadankan dengan transmisi automatik, serta menampilkan penggunaan casis tubular dan suspensi daripada C4 Corvette.

Sementara ruang kabin pula menampilkan meter analog ringkas, roda stereng tiga jejari, tempat duduk balutan kulit, dan alat pemadam api.

 


Menariknya, Mongoose Motorsports turut menerima lesen daripada GM untuk membina replika model asal Corvette Grand Sport 1963, dan menjualnya pada harga $85,000 (RM352,423) tanpa kehadiran enjin dan transmisi!


Sumber: VoloCars

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tiga bulan pertama, sebanyak 13,986 unit Mustang telah berjaya diedarkan, dengan…
Berita Global
Selain daripada menjadi lokasi penghantaran model Corvette kepada pelanggan, muzium itu kini…
Berita Global
Kebiasaannya, responder pertama terdiri daripada ambulans, namun di kawasan yang mempunyai aliran…