REPAC mahu pasukan tempatan di Le Mans

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

REPAC, sebuah organisasi persendirian yang ditubuhkan dengan kerjasama Malaysia Automotive Institute (MAI), akan menjadi rakan kongsi ACO (Automobile Club de l’Ouest) bagi membuka jalan untuk pasukan-pasukan lumba dari Malaysia untuk berlumba di perlumbaan 24 Jam Le Mans.

REPAC akan menganjurkan REPAC Route To Le Mans, suatu langkah penyaluran khusus untuk pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba tempatan untuk menyiapkan diri masing-masing bagi menghadapi perlumbaan bertaraf antarabangsa.

RP1

Ini termasuk penganjuran acara perlumbaan kecil-kecilan seperti gymkhana dan lain-lain.

Tetapi acara utama ialah petandingan Asian Le Mans Sprint Cup, iaitu perlumbaan 6 pusingan yang semuanya diadakan di litar antarabangsa Sepang. Ia akan menyalurkan pasukan terbaik ke pusingan-pusingan Asian Le Mans Series sebelum layak ke Peranchis.

Kerjasama antara Asian Le Mans dan REPAC dijangka akan menyumbang kepada perkembangan ekosistem automotif dan sukan bermotor negara dengan menggalakkan peghasilan teknologi tempatan. Disamping itu, ia mungkin dapat menggalakkan peminat sukan bermotor untuk menyaksikan aksi perlumbaan di Sepang dan juga turut mengambil bahagian satu hari nanti.

RP2

“Saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian dari siri Asian Le Mans dan keluarga Le Mans. Tujuan kerjasama ini ialah bagi mengadakan suatu saluran khusus untuk bakat-bakat sukan bermotor tempatan untuk bertanding di pentas perlumbaan endurance terunggul dunia serta membantu meningkatkan perkembangan industri automotif negara. Ia juga berlandaskan Dasar Automotif Negara 2014 yang berazam untuk mengubah Malaysia sebagai pusat untuk penghasilan Energy Efficient Vehicles,” jelas ketua pegawai eksekutif REPAC, Jaafar Fareed.

RP3

Pengarah Urusan Asian Le Mans, Cyrille Taesch Wahlen pula berkata, “Saya amat bersukacita untuk berkerjasama dengan REPAC. Kerjasama ini akan memberi pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba tempatan peluang untuk mengambil bahagian dalam suasana perlumbaan Asian Le Mans serta menyebarkan jenama kami melalui rangkaian REPAC.”