Menurutnya, mereka mendakwa tidak mempunyai surat kebenaran terbabit dan siasatan kemudiannya mendapati pemandu kereta yang berusia 37 tahun itu mengaku dia bertugas untuk menghantar tiga lelaki berkenaan ke Besut dan Kelantan.
"Pemandu terbabit mengaku terima upah sebanyak RM350 untuk menghantar tiga lelaki terbabit dan mengaku ditunjukkan surat tawaran bekerja daripada tiga lelaki itu sebagai alasan perjalanan mereka.
"Anggota polis kemudiannya memeriksa surat tawaran terbabit dan selepas membuat semakan mendapati alamat tempat kerja yang tertera pada surat itu tidak wujud," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanyan berkata, kesemua mereka mengaku surat terbabit adalah surat palsu dan dibuat oleh abang kepada rakan mereka.
"Kesemua mereka mendakwa berjaya melepasi tiga SJR di Kajang, Gombak dan Bentong dengan menggunakan surat tawaran bekerja terbabit," katanya.
Menurutnya, pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap kesemua mereka sebelum diarah berpatah balik.
sumber:HM