Rentas negeri kini dibenarkan di negeri Fasa 4 PPN

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan negeri di Malaysia kini tertakluk di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara seperti Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Perlis, Pahang, Terengganu, Melaka dan Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Johor dan Sabah masih lagi tertakluk di bawah Fasa 2 PPN, dan hanya dua negeri sahaja yang kini sudah memasuki Fasa 4, iaitu Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berdasarkan kemaskini SOP yang dikeluarkan oleh MKN bertarikh 4 Oktober 2021, aktiviti rentas negeri kini dibenarkan di antara negeri Fasa 4 bagi individu yang telah lengkap suntikan vaksinasi.

Namun begitu, mereka perlu mengemukakan bukti seperti kad atau sijil digital vaksinasi COVID-19 serta kad pengenalan atau pasport, selain memohon kebenaran daripada PDRM dan mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Individu yang telah menerima suntikan lengkap vaksinasi juga dibenarkan untuk membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan syarat perlu mematuhi protokol kesihatan umum.

Pergerakan pekerja merentas negeri ke negeri Fasa 1, 2 dan 3 adalah tertakluk kepada pas pekerja atau surat pengesahan majikan.

Bagi mereka yang perlu merentas negeri untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19, pergerakan tersebut adalah dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

Kebenaran merentas negeri juga turut diberikan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mahu melawat kawasan masing-masing.

Pergerakan individu, pengangkutan barangan dan sistem pengangkutan awam adalah dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan dan lesen pendaftaran kenderaan.

Di bawah Fasa 4 juga semua aktiviti dan perkhidmatan di lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi selama 24 jam.

Senarai penuh SOP Fasa 4 boleh dirujuk pada pautan di bawah:

SOP Fasa 4 PPN