Kenyataan tersebut merujuk kepada keputusan Sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Sept (2021).
Ismail Sabri berkata, pembukaan pusat-pusat pelancongan dan pulau-pulau serta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
"Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat satu tarikh yang bersesuaian," menurut Motac.
Setakat semalam sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa telah menerima vaksinasi lengkap.