Rentas negeri bukan dalam kelonggaran SOP - Hishammuddin

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri akan diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pemulihan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beliau menegaskan kelonggaran merentas negeri bergantung kepada fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri yang berkenaan. Menteri yang bertanggung-jawab dalam seseuatu sektor boleh memberikan cadangan tetapi ia akan tetap dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik serta Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19.

Hishammuddin juga menambah Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 akan berlangsung esok dan agenda utama ialah untuk memudahkan 181 SOP yang wujud kepada 10 sahaja.

"Ia juga akan menumpukan terhadap fasa endemik yang akan bermula pada hujung Oktober ini," sambungnya.

Dua menteri akan dijemput untuk berbincang dalam mesyuarat kedua esok iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

* Laporan lengkap di Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa…
Berita Domestik
  Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia…