Renault ZOE RS sebagai pengganti Clio RS?

oleh Mohamad Hanif|
Renault ZOE mungkin salah sebuah kereta elektrik yang comel dan sporty dalam masa yang sama, akan tetapi bagaimana jika versi pantas ZOE RS dikatakan bakal menggantikan peranan Clio RS sebagai hot hatch Renault?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada AutoExpress UK, terdapat kemungkinan ZOE RS (nama tidak rasmi) bakal dihasilkan bagi menggantikan kedudukan Clio RS yang tidak lagi dilihat relevan dengan perkembangan semasa. 

Masalah emisi yang semakin ketat peraturannya merupakan antara penghalang utama Clio RS pada ketika ini. 
 


Renault sebelum ini pernah menimbulkan idea untuk menghasilkan sebuah EV berprestasi tinggi menerusi model konsep ZOE e-sport. 

Model tersebut menampilkan teknologi yang digunakan di Formula E, merangkumi konfigurasi motor elektrik berkembar 454 kuasa kuda dan masa pecutan sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j!

Malangnya, konsep tersebut tidak pernah direalisasikan. 
 


Walaubagaimanapun, menurut naib presiden perancangan produk Renault, Ali Kasai memberitahu bahawa model akan datang Renault Sport harus selari dengan strategi elektrifikasi Renault. 

"Inilah peranan yang perlu dipenuhi oleh Renault Sport, menerusi model ZOE," tambah beliau lagi. 

Berkenaan ZOE berprestasi tinggi, Renault juga tidak mahu menghasilkan sebuah kereta yang hanya bertahan melakukan satu pusingan di litar dan terpaksa berkurung di stesen pengecasan untuk mengisi kembali tenaga yang dihabiskan. 

"Persoalan yang penting ialah, bagaimana prestasi sebenar, jarak operasi kereta ZOE ini, dan bagaimana pemanduannnya di dalam litar.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Zoe generasi pertama dilengkapi dengan bateri litium-ion 22 kWj LG Energy Solution, generasi…
Berita Global
Namun, hayat Zoe nampaknya tidak begitu bertahan lama apabila Renault dilapor membuat keputusan…
Model Terbaharu
Untuk rakyat Malaysia yang berminat, pendaftaran minat kini telah pun dibuka atau boleh berkunjung…