Renault Zoe Electric Racer - dua motor elektrik, 335 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan satu perlumbaan ais yang bakal diadakan pada 7-8 Disember ini, Renault Sport telah memperlihatkan sebuah jentera lumba yang bakal memberikan saingan kepada pasukan lain - sebuah Renault Zoe!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bukan Renault Zoe yang biasa anda lihat di dalam video Hezeri Samsuri, akan tetapi Renault Sport telah melengkapkan hatchback kecil ini dengan dua motor elektrik, satu untuk setiap gandar. 

Kuasa yang dihamburkan daripada motor elektrik ini mampu mencapai angka 335 hp, dan dengan berat bersih hanya sekitar 1,030 kg, anda boleh bayangkan bagaimana kereta ini mampu menunjukkan taringnya di atas litar. 

 


Modifikasi juga turut difokuskan kepada aspek mekanikal termasuklah sistem brek yang lebih besar, dan juga penggunaan bahan komposit untuk kit badan yang lebar. 

Untuk perlumbaan, pek bateri yang berkapasiti 27 kWh itu boleh dicas dari sifar ke 50 peratus dalam masa kira-kira 25 minit sahaja. 

Sebagai pengetahuan, jentera Renault Zoe Electric Racer ini memiliki jarak antara roda yang lebih pendek 88 mm berbanding Renault Zoe standard.