Renault Zoe 2022 kini di Malaysia - pendaftaran minat dibuka, dua varian, jarak gerak 395 km, dari RM163k

oleh Mohamad Hanif|
Pihak TC Euro Cars selaku pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan ketibaan EV baharu Renault Zoe 2022 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk rakyat Malaysia yang berminat, pendaftaran minat kini telah pun dibuka atau boleh berkunjung sendiri ke bilik pameran utama Renault di Jalan Kemajuan Seksyen 13 Petaling Jaya untuk melihat dengan lebih dekat.

Untuk pasaran Malaysia, Renault Zoe ditawarkan dalam dua varian utama.
 

Zoe


Versi aras mula R110 menawarkan kuasa maksimum 107 hp dan daya kilas 225 Nm, sementara versi R135 pula menawarkan kuasa setinggi 134 hp dan daya kilas 245 Nm.

Kedua-dua varian didatangkan dengan pek bateri 52 kWh, dengan jarak gerak maksimum 395 km mengikut data WLTP, atau peningkatan 25 peratus berbanding bateri generasi terdahulu.

Renault Zoe turut menyokong pengecasan AC Type 2 di mana bateri boleh dicas penuh dari 0-100 peratus dalam tempoh tiga jam (22 kW), atau sehingga sembilan jam 30 minit (pengecas 7.4 kW).
 

ZOE


Pengecasan pantas DC pula mampu memendekkan tempoh pengecasan, dengan jarak 145 km boleh dicapai dalam masa 30 minit sahaja.

Renautl Zoe dilengkapi dengan ciri seperti kluster instrumen TFT bersaiz 10 inci, sistem multimedia EASY LINK Renault, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio dengan enam pembesar suara.

Penggunaan bahan yang lestari juga turut diterapkan pada ruang kabin, terutama pada tempat sentuhan utama yang menawarkan aspek keselesaan dan ergonomik kepada pemandu dan juga penumpang.

Harga jualan anggaran bermula dari RM163,000 untuk varian Zoe R110 sehingga sekitar RM175,000 untuk varian Zoe R135.

Pendaftaran minat boleh dibuat pada pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Global
Zoe generasi pertama dilengkapi dengan bateri litium-ion 22 kWj LG Energy Solution, generasi…
Berita Global
Namun, hayat Zoe nampaknya tidak begitu bertahan lama apabila Renault dilapor membuat keputusan…
Berita Domestik
Bergantung kepada spesifikasi, Renault Zoe yang dibawa masuk untuk pasaran tempatan ini boleh…