Renault Trucks Umum Bina Kilang Lerai Komponen Lori

oleh Penyumbang Rencana 2|
Selepas tempoh lima tahun, syarikat Renault Truck telah membuat pelaburan terhadap ekonomi sirkular dengan memohon tiga perkara iaitu penjanaan semula, penggunaan semula dan mengitar semula trak terpakai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mereka sedang mencipta pelbagai inisiatif bagi memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah trak untuk dijual.

Berdasarkan perancangan, syarikat ini telah mengumumkan pembinaan tapak industri yang dikenali sebagai Kilang Alat Ganti Terpakai dan akan menumpukan sepenuhnya terhadap mengitar semula trak serta memanfaatkan semula komponen atau alat ganti yang masih boleh dipakai.
 
Pembangunan tersebut akan dibina berhampiran pusat logistik mereka bagi memudahkan proses penghantaran trak dilaksanakan. Sejurus sahaja trak dimasukkan ke dalam kilang tersebut, pihak pengendali akan meleraikan semua komponen yang boleh dikitar semula seperti enjin, bampar, tangki minyak dan lain-lain.
 
Seterusnya mereka akan memotong dan membersihkan bahagian yang dikitar semula sehingga ia kelihatan seperti alat ganti yang baharu. Kemudian barangan tersebut akan dihantar terus kepada kedai alat ganti Renault Truck untuk dijual.
 
Semua alat ganti tersebut akan dilabelkan “Alat Ganti Terpakai Oleh Renault Truck” dan hanya dipasarkan melalui pengedar kilang secara dalam talian sahaja dengan kos jaminan perlindungan yang lebih rendah berbanding alat ganti yang baharu. 

Penulis: IZRA