Renault Triber 'serang' Indonesia - enjin tiga silinder 1.0 liter, harga dari RM39k

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi pendatang baharu di dalam segmen LCGC (Low Cost Green Car), Renault Triber akhirnya rasmi dilancarkan di Indonesia setelah diperlihatkan ketika acara GIIAS 2019 empat bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada media automotif negara jiran, Autonetmagz, Renault Triber tersedia dalam enam varian utama iaitu RXE manual, RXL manual, RXT manual, RXT AMT, RXZ manual dan RXZ AMT.

Walaupun Renault Triber sebenarnya merupakan unit import sepenuhnya (CBU), harga jualan yang ditawarkan sememangnya mengejutkan apabila ia dijual pada harga bermula dari 133 juta Rupiah (RM39,253) sehinggalah 169.9 juta Rupiah (RM50,144). 

 


Jika merujuk kepada spesifikasi asas, Renault Triber didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, dengan baris kedua yang boleh digelongsorkan dengan mudah serta tempat duduk baris ketiga yang boleh ditanggalkan untuk ruang yang lebih luas (625 liter ruang kargo). 

Untuk keselesaan penumpang, setiap baris didatangkan dengan corong pendingin hawa yang tersendiri, malah corong di baris ketiga juga bukan sekadar unit blower semata-mata. 
 


Varian tertinggi RXZ didatangkan dengan empat beg udara, unit hiburan skrin sentuh, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta sistem kemasukan tanpa kunci Smart Key Card -  macam abangnya Renault Koleos!

Renault Triber didatangkan dengan enjin 1.0 liter tiga silinder sebaris yang mampu menjana 71 kuasa kuda dan 96 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual atau AMT. 
 


Di negara jiran, Renault Triber bakal bersaing dengan Toyota Calya dan juga Daihatsu Sigra - atau bahasa mudahnya Perodua Axia dengan tiga baris tempat duduk.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…