Renault Trafic Van E-Tech Electric - van komersial yang mampu gerak sejauh 240 km

oleh Mohamad Hanif|
Renault baru-baru ini memperlihatkan sebuah kenderaan segmen komersial yang dinamakan sebagai Trafic Van E-Tech Electric.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dibangun menggunakan asas daripada generasi keempat Trafic yang muncul pada tahun 2020, ia masih lagi membawakan reka bentuk dan elemen yang sama seperti model berenjin pembakaran dalaman.
 

Trafic


Renault Trafic Van E-Tech Electric ini boleh didapati dalam dua versi dimensi yang berbeza, bermula dari 5,080 mm atau versi yang lebih panjang 5,480 mm, diikuti pilihan tinggi bermula 1,967 mm atau 2,498 mm untuk versi yang lebih tinggi.

Bergantung kepada konfigurasi dimensi yang disebutkan tadi, pembeli boleh mendapatkan ruang kargo sebesar 5,800 liter hingga 8,900 liter!

Varian van komersial elektrik ini didatangkan dengan trenkuasa motor elektrik tunggal yang menghasilkan 121 hp, kapasiti menunda seberat 750 kg dan muatan maksimum sehingga 1,100 kg.
 

Trafic


Pek bateri berkapasiti 52 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 240 km untuk sekali cas penuh mengikut data WLTP, dan boleh dicas menggunakan pengecas AC 7kW atau 22 kW, serta opsyen pengecasan pantas DC 50 kW.

Selepas pengenalan model van kargo, Renault dijangka akan memperkenalkan van versi penumpang seperti yang telah diperlihatkan menerusi model konsep Hippie Caviar Hotel pada tahun lepas.