Renault sudah ada calon CEO baharu

oleh HEZERI SAMSURI|

Umum mengetahui Renault sedang menari CEO baharu untuk menggantikan Thierry Bollore yang dipecat pada pertengahan Oktober lalu kerana "rapat" dengan zaman pemerintahan Carlos Ghosn.

Akhbar-akhbar Perancis semalam berkata calon utama yang digembar-gemburkan untuk menggantikan Carlos ialah Luca de Meo, warga Itali yang kini mengetuai Seat, anak syarikat Volkswagen.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Seorang lagi individu yang turut dicalonkan ialah Didier Leroy, warga Perancis yang kini memegang tampuk kedua di dalam pengurusan syarikat Toyota global.

De Meo, 52 dan Leroy, 61 bagaimanapun menidakan mereka berminat dengan jawatan tersebut.

Seat mengeluarkan siaran akhbar mengatakan Luca De Meo sangat komited dengan Seat dan ia telah beberapa kali menyatakan pendapat tersebut sejak memegang jawatan Presiden Seat sejak tahun 2015.

Leroy pula berkata beliau tidak hirau langsung akan gosip-gosip tersebut dan akan terus memberikan fokus 100 peratus kepada Toyota.

"Saya mempunyai hubungan yang telus dengan Akio Toyoda, presiden Toyota," ujarnya.

Patrick Koller, CEO untuk Faurecia (syarikat teknologi automotif dari Perancis) juga dikatakan menjadi salah satu calon untuk jawatan CEO Renault.

Berita dalaman yang dipetik oleh Reuters pula berkata CEO sementara Renault, Clotilde Delbos juga sudah memohon untuk memegang jawatan tersebut secara tetap.

Akhbar Le Figaro dan Les Echos dari Perancis berkata calon utama ialah de Meo.

Kerajaan Perancis mempunyai saham sebanyak 15 peratus di dalam Renault dan ia telah mengumumkan tidak akan menolak sekiranya CEO yang baharu bukan warga negara Perancis.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kedua-dua rakan kerjasama bakal membekalkan bateri LFP yang akan digunakan di dalam kenderaan…
Berita Global
Enjin itu akan dipasang pada model baharu Dacia Duster. Kilang Horse Valladolid di Sepanyol akan…
Berita Global
Antara rangkaian kuasa yang difokuskan adalah hibrid, petrol dan diesel dalam misi untuk…