Renault Sport berkubur, Alpine Cars bakal terajui kereta pantas berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Tiada lagi kereta-kereta pantas berkuasa petrol yang bakal dihasilkan oleh Renault Sport pada masa akan datang, memandangkan divisyen kereta pantas Renault itu telah pun berkubur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun berita baiknya, pasukan Renault Sport sedia ada akan terus bekerja di bawah jenama baharu - Alpine Cars di mana Alpine Cars akan memfokuskan kepada penghasilan kereta-kereta pantas berkuasa elektrik pada masa akan datang, selari dengan perkembangan semasa yang kini semakin tertumpu kepada trenkuasa sifar emisi.

Di bawah Alpine Business Unit, mereka menggandingkan operasi dari tiga organisasi iaitu Alpine, Renault Sport dan bahagian sukan permotoran Renault di bawah entiti Alpine Cars.

Alpine Cars turut merancang untuk memperkenalkan beberapa model pantas termasuklah sebuah hot hatch EV, crossover EV, dan model pengganti A110 menerusi kerjasama dengan Lotus.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada AutoExpress UK, terdapat kemungkinan ZOE RS (nama tidak rasmi) bakal…
Berita Global
Hot hatch pacuan roda hadapan Renault Megane RS Trophy-R telah berjaya menamatkan penguasaan rekod…