Renault setuju kurangkan pegangan dalam Nissan sebanyak 15%

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat pengeluar jenama Jepun, Nissan dan rakan kongsi Perancis nya iaitu Renault dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan pegangan dalam Nissan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari Nikkei Asia, Nissan berkata dalam satu kenyataan bahawa, "Mereka telah mencapai satu peristiwa penting dalam perbincangannya dengan Renault Group bagi menentukan asas baharu untuk perkongsian mereka,"

Kedua-dua syarikat Jepun dan Perancis itu dikatakan bakal membincangkan draf perjanjian pada mesyuarat lembaga masing-masing, perjanjian itu dilihat bakal menjadi titik perubahan kerjasama yang terjalin semenjak 1999.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua syarikat tersebut, iaitu Makoto Uchida dan Luca de Meo bersama pegawai eksekutif lain juga telah meluluskan perjanjian yang dicadangkan.

Renault kini memiliki 43% saham Nissan dan dijangka turun sehingga 15% jika perjanjian itu dilaksanakan, bahagian sama bagi saham Renault yang dimiliki oleh Nissan, dimana ia meletakkan perhubungan modal pada kedudukan yang sama.

 

2

 

 

Baru-baru ini Nissan juga dilaporkan akan melabur ke sebuah syarikat EV baharu yang dikenali sebagai Ampere, dimana ianya akan ditubuhkan oleh Renault.

Nissan dijangka akan membincangkan perkara tersebut bagi mendapatkan kelulusan untuk perubahan rasmi, perikatan tiga syarikat termasuk Mitsubishi Motors juga sedang bekerjasama untuk mengumumkan butiran perjanjian tersebut.

Perjanjian yang sepatutnya dimeterai pada Oktober 2022 itu ditangguh kerana Nissan dikatakan risau terhadap kebocoran maklumat mengenai teknologinya.

Hal itu berlaku kerana Renault dilaporkan mahu berkongsi paten dan beberapa aset lain yang dihasilkan dengan kerjasama kedua syarikat itu kepada rakan kongsi selain Nissan.

Pada awal Januari 2023, Kerajaan Perancis telah menghantar surat kepada kepada rakan kongsinnya di Jepun, yang mengatakan bahawa mereka tidak akan menentang pengurangan pegangan Renault dalam Nissan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…