Renault sedia keluar dari Rusia, serah pegangan dalam AvtoVAZ kepada pelabur

oleh Mohamad Hanif|
Renault kini merupakan pengeluar automotif terbaharu yang dilaporkan bersedia untuk keluar dari negara Rusia, berikutan konflik yang tercetus antara negara itu dengan Ukraine.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Auto News, Renault mempunyai 68 peratus pegangan di dalam pengeluar automotif Rusia AvtoVAZ, dan mereka sedang mempertimbangkan pemindahan pemilikan dalam syarikat itu kepada pelabur tempatan.

Syarikat automotif Perancis itu sebelum ini gagal membuat pemindahan kepentingan kepada sebuah lagi pemegang saham, Rostec State Corporation disebabkan syarikat Rusia itu berada di bawah sekatan.

Pemindahan hak pemilikan dikatakan mampu membebaskan tanggungjawab Renault terhadap AvtoVAZ yang kini merupakan pembuat kereta jenama LADA dengan kekuatan tenaga kerja seramai 45,000 kakitangan.

Langkah itu merupakan antara pilihan yang ada selepas Renault mengumumkan penangguhan operasi industri di negara itu minggu lalu, malah operasi kilang terbesarnya di Moscow sudah pun dihentikan.

Rusia merupakan pasaran kedua terbesar untuk Renault, dengan jualan sebanyak 482,300 unit untuk tahun 2021 di belakang Perancis (521,700 unit).

Nilai perniagaan Renault di Rusia adalah berjumlah €2.2 bilion (RM10.27 bilion) pada akhir tahun lalu, dengan penguasaan pasaran sebanyak 22 peratus.

Manakala AvtoVAZ pula menyumbang 10 peratus daripada jumlah hasil keseluruhan Renault untuk tahun yang sama.

Sumber: Auto News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…