Renault-Samsung bakal tawar model baharu guna platform CMA Geely

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif Korea Selatan, Renault-Samsung bakal mendapat barisan model serba baharu, terima kasih kepada kerjasama yang terbentuk antara Renault dan Geely.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menjelang tahun 2024, fasiliti Renault-Samsung yang terletak di Busan, Korea Selatan akan mula memasang model-model baharu yang dibina menggunakan pelantar CMA (compact modular architecture) Geely.

Barisan kenderaan baharu Renault-Samsung itu disahkan masih lagi menawarkan trenkuasa enjin pembakaran dalaman, serta teknologi hibrid termaju yang dibawakan oleh Geely.

Menurut Renault, model-model baharu ini akan mampu memenuhi dan melangkaui keperluan pasaran tempatan dengan ciri-ciri premium serta teknologi pendahulu di dalam industri.
 

CMA


Selain daripada pasaran tempatan, Renault juga mengesahkan perancangan untuk mengeksport model-model baharu ini ke pasaran luar.

Platform CMA telah pun digunakan untuk beberapa buah model baharu di bawah Geely seperti Geely Xingyue L (gambar atas), Polestar 2, serta Volvo XC40 dan C40.