Renault pun nak tukar logo baharu, berkuatkuasa 2024

oleh Mohamad Hanif|
Penukaran logo, atau dalam bahasa rasminya penjenamaan semula sesebuah jenama itu bukanlah satu perkara yang baharu di dalam bidang automotif, ia melambangkan perubahan hala tuju sesebuah syarikat selari dengan peredaran masa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebelum ini kita telah pun melihat beberapa jenama automotif menukarkan logo baharu mereka seperti Volkswagen, Kia, Peugeot, dan Nissan, kini giliran Renault pula menyertai 'kluster' penjenamaan semula dengan logo baharu bertemakan retro.

Logo versi baharu berbentuk batu permata dua dimensi itu pertama kali diperlihatkan menerusi model konsep Renault 5, dan ia bakal diperluaskan penggunaannya pada semua model Renault menjelang tahun 2024.

Penjenamaan tersebut adalah selari dengan langkah Renault untuk melaksanakan proses elektrifikasi kesemua barisan kenderaan yang ditawarkan, dan menurut pengarah rekaan Gilles Vidal menjelaskan reaksi umum terhadap logo baharu itu amat positif.

 


"Kami menggunakan Renault 5 sebagai model ujian, dan melihatkan kepada sokongan dan maklum balas yang positif, kami membuat keputusan untuk menggunakan logo baharu itu.

Logo baharu dua dimensi itu merupakan logo yang kesembilan digunakan oleh Renault, di mana konsep berlian itu digunakan buat kali pertama pada tahun 1925 sebelum ia diakhiri pada tahun 1972.

Logo yang digunakan pada ketika ini muncul secara rasmi pada tahun 1992 dan beberapa kemaskini terhadap logo itu telah dibuat sebanyak empat kali sehinggalah sekarang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…