Renault-Nissan ubah Perjanjian Pakatan, Renault keluarkan versi Twingo untuk Nissan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Renault Twingo E-Tech Electric Prototype
Renault Twingo E-Tech Electric Prototype
Selepas beberapa episod mengenai Nissan, mungkin ada yang tertanya tentang kelangsungan hubungan Renault-Nissan-Mitsubishi atau Alliance.

Nampaknya hubungan masih terjalin dengan perkembangan terbaru melibatkan pegangan saham.

Kumpulan Renault akan memiliki 100 peratus Renault Nissan Automotive India Private Ltd (RNAIPL) dengan memperoleh 51% pegangan saham yang dimiliki Nissan.

Projek ini merupakan mewakili langkah penting untuk Renault mengembangkan perniagaan antarabangsanya.

Nissan akan mengekalkan kehadirannya di India dengan fokus meningkatkan liputan pasaran.

RNAIPL akan terus menghasilkan model Nissan termasuk Nissan Magnite baharu dan akan menjadi tonggak penting untuk pelan pengembangan syarikat pada masa depan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Perjanjian Kerangka

Perjanjian Kerangka yang ditandatangani pada 31 Mac berfungsi sebagai rangka kerja global untuk urus niaga berikut:

  • Perjanjian Pembelian Saham berkaitan pemerolehan 51% RNAIPL yang kini dimiliki oleh Nissan dan Kumpulan Renault akan memiliki 100% RNAIPL.
  • Perjanjian Operasi untuk meneruskan projek semasa antara Kumpulan Renault dan Nissan dan untuk menentukan hubungan masa depan Kumpulan Renault dan Nissan di India.
  • Nissan akan terus menggunakan RNAIPL sebagai penyumberan untuk India dan eksport dalam tahun-tahun mendatang.
  • Kumpulan Renault dan Nissan akan terus mengendalikan bersama Renault Nissan Technology & Business Center India (RNTBCI) di mana Nissan akan mengekalkan 49% pegangan dan Kumpulan Renault 51% pegangan.

Sebagai sebahagian daripada "2027 International Game Plan", Kumpulan Renault akan mempercepatkan pembangunannya di India.

Kilang RNAIPL di Chennai mendapat manfaat daripada ekosistem pembekal yang mendalam dan sangat kompetitif dengan kapasiti pengeluaran melebihi 400,000 unit.

Ia kini menempatkan platform CMF-A dan CMF-A+ dan peluang untuk pembangunan lanjut dengan pelancaran platform CMF-B tahun depan, bermula dengan empat model baharu.

Selepas selesainya urus niaga ini, RNAIPL akan disatukan sepenuhnya (100%) dalam penyata kewangan bersepadu Kumpulan Renault.

Tahun 2025 merupakan tahun pelaburan puncak untuk RNAIPL seiring pelancaran kenderaan baru.

Justeru, kesan aliran tunai bebas untuk tahun ini dijangka sekitar €200 juta (RM959.9b).

Dengan mengambil kira perkara ini, Kumpulan Renault mengesahkan sasaran aliran tunai bebas 2025 mereka iaitu minimum 2 bilion euro (RM9.59b), termasuk kos pengambilalihan RNAIPL

Kumpulan Renault telah mengenal pasti langkah-langkah perlu untuk mengimbangi kesan aliran tunai bebas pada 2025.

Kumpulan Renault juga mengekalkan sasaran keuntungan operasi (operating margin guidance) untuk 2025.

Projek Twingo Untuk Eropah!

Renault Twingo E-Tech Electric Prototype

 

Kumpulan Renault melalui Ampere akan membangun dan menghasilkan versi Twingo untuk Nissan. Model segmen A ini akan direka oleh Nissan.

Pindaan Perjanjian Pakatan Baharu

Satu lagi perkara penting tentang kerjasama di antara Renault dan Nissan ialah pindaan Perjanjian Pakatan (Alliance) Baharu.

Pindaan dibuat bagi meningkatkan fleksibiliti kedua-dua pihak berkenaan pegangan saham silang. Perubahan utama termasuk:

  • Perubahan utama menetapkan had lock-up saham dikurangkan dari 15% kepada 10%, membolehkan kedua-dua syarikat mengurangkan pegangan masing-masing kepada minimum 10% secara sukarela.
  • Pindaan ini tidak mengubah status 18.66% saham Nissan yang dipegang Renault melalui amanah Perancis.
  • Syarat penjualan saham kekal perlu dibuat secara teratur.
  • Nissan dibebaskan dari kewajipan melabur dalam Ampere, sekaligus membatalkan perjanjian pelaburan 26 Julai 2023 antara Renault, Nissan dan Ampere.
  • Kesemua pindaan dan pembatalan ini dijangka berkuat kuasa menjelang akhir Mei 2025 setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Terma-terma asas lain dalam perjanjian terus dikekalkan termasuk had hak mengundi maksimum 15% berdasarkan pegangan saham semasa.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
   Kini, Renault menghidupkan kembali warisan legenda melalui Renault 5 Turbo 3E, sebuah model…
Berita Global
  Satu yang menarik dan pertama di dunia, Renault menggunakan rancangan dokumentari untuk…
Berita Global
  Renault Master H2-Tech Prototype boleh dipandu sehingga 700 kilometer (WLTP) dan pengisian…