Renault mungkin perkenal Jogger 7-seater di Asean

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Prancis, Renault memang mempunyai sub-brand khusus untuk produk-produk mampu milik.

Dacia contohnya, ialah jenama Romania yang telah dibeli oleh Renault dalam tahun 1999 dan Dacia menjadi pengkesport terbesar negara itu. Dacia juga adalah syarikat Romania paling menguntungkan di mana dalam tahun 2019, ia telah menjual sebanyak 737,000 unit kenderaan ke seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Malaysia, kita mungkin tidak ada Dacia tetapi jenama Renault masih boleh digunakan untuk menjual produk Dacia dan Jogger mungkin mampu menjadi produk pertama di sini.

Dacia Jogger ialah sebuah kenderaan 7-tempat duduk kompak yang mampu menjadi saingan Perodua Alza, Toyota Avanza dan Perodua Aruz.

Lebih kepada kenderaan segmen B, rekabentuk Jogger ini jauh lebih modern dan sporti. Ia juga boleh menggunakan pelbagai enjin Renault, contohnya enjin 1.0L turbo dengan 89hp.

Jika Renault ada membuat varian Right Hand Drive  (RHD) untuk Jogger, maka TC Euro Cars boleh memberikan cadangan untuk model ini dibawa masuk kerana pasaran genre ini cukup popular di Indonesia.

*Ilustrasi dari Car Scoop

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…