Renault Megane Trophy-R tawan Litar Suzuka, Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam memastikan jentera-jentera hot hatch bergerak seiring sejalan, pelbagai cara dilakukan oleh pengeluar termasuklah menetapkan rekod pusingan terpantas di beberapa litar utama dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini kita mendengar rekod yang dipecahkan oleh Honda Civic Type R, kini tiba giliran Renault pula menerusi model hot hatch mereka Megane Trophy-R. 

Litar-litar utama di Eropah seperti Nurburgring, Spa-Franchorchamps dan The Bend Motorsport Park (Australia) telah pun ditawan, pasukan Renault kini berkampung di Litar Suzuka, Jepun untuk tujuan yang sama, mencatatkan rekod pusingan terpantas. 
 


Di balik stereng, pemandu Laurent Hurgon berjaya menamatkan pusingan dengan catatan 2 minit 25.454 saat mengalahkan rekod terdahulu dengan perbezaan masa lebih daripada tiga saat. 

Renault Megane Trophy-R merupakan model penghasilan terhad sebanyak 500 unit sahaja, dengan 50 unit daripadanya dikhaskan untuk pasaran Jepun. 

Jika dibandingkan dengan model standard Trophy, varian Trophy-R masih kekal dengan nadi 1.8 liter turbo yang menghasilkan 296 kuasa kuda yang disalurkan kepada roda menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan. 
 


Perbezaan yang ketara antara keduanya termasuklah sistem suspensi yang telah ditala semula, aspek aerodinamik serta perbezaan berat sehingga 130 kilogram.