Renault Megane R.S. Trophy-R leburkan penguasaan Civic Type R di Nurburgring - tiga saat lebih pantas!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, hot hatch terpantas di Litar Neraka Hijau bagi kategori pacuan dua roda disandang oleh Honda Civic Type R FK8 dengan catatan masa 7:43.8. 

Namun, dominasi Honda Civic Type R FK8 nampaknya telah pun padam apabila pencabar sebenar hot hatch tersebut sudah pun tiba dengan catatan masa terbaharu, 7:40.1 di bawah khidmat pelumba Laurent Hurgon.

Ya, seperti yang anda jangkakan, Renault Megane R.S. Trophy-R berjaya menewaskan penguasaan Honda Civic Type R di dalam kategori FWD dengan kelebihan masa tiga saat mengelilingi Litar Nurburgring. 
 


Dalam masa yang sama, Renault akhirnya menerbitkan spesifikasi rasmi bagi Megane R.S. Trophy-R sekaligus menjawab persoalan bagaimana jentera tersebut mampu mengatasi rekod Civic Type R. 

Dari segi nadi kuasa, ia masih mengekalkan enjin 1.8 liter turbo dengan output kuasa yang sama seperti model Trophy iaitu 296 kuasa kuda dan 400 Nm. 

Atas kertas, angka ini tidak begitu jauh ketinggalan di belakang Civic Type R (305 hp/400 Nm), namun rahsia Renault seterusnya ialah pengurangan berat badan sebanyak 130 kilogram!
 


Pun begitu, Renault tidak pula mendedahkan apakah perkara yang mereka lakukan dalam mencapai pengurangan berat pada Megane RS Trophy-R. 

Honda sudah pasti tidak akan mendiamkan diri kerana mereka juga kini sedang menguji Civic Type R yang telah dinaiktaraf di litar yang sama. 

Apa yang pasti, rekod terpantas ini akan mereka kuasai kembali setelah mereka selesai menguji model hot hatch tersebut. 

Saksikan video di bawah untuk pusingan lengkap Renault Megane R.S. Trophy-R di Litar Nurburgring.