Renault Megane R.S 280 CUP catat masa 2:38 di Litar Sepang

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Renault Sport Track Day di Litar Antarabangsa Sepang, TC Euro Cars turut mengambil kesempatan menguji sendiri prestasi sebenar Renault Megane R.S. 280 CUP EDC mengelilingi litar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan spesifikasi standard, namun dengan tayar AD08R 19 inci yang disumbangkan oleh Yokohama selaku penaja utama, Megane R.S. 280 CUP EDC berjaya mencatatkan rekod 2 minit 38 saat - 3 saat lebih pantas berbanding Megane R.S. 265 CUP.

 


Walaupun dihadiri seramai 30 orang pemandu Renault Sports, keselamatan tetap menjadi agenda utama bagi TC Euro Cars dan Renault di mana hanya pemandu berpengalaman sahaja dibenarkan memandu bersendirian, manakala mereka yang pertama kali ditemani oleh pengajar professional.

Acara Renault Sport Track Day dibanjiri dengan kehadiran model-model Megane R.S, Clio R.S., dan juga edisi terhad Megane R.S. 275 Trophy R di mana mereka bukan sahaja melihat prestasi kenderaan masing-masing, malah mahu mengalahkan rekod peribadi. 
 


Sementara itu, pihak Renault juga turut menyediakan 'taxi ride' di dalam Megane R.S. 280 CUP yang dipandu oleh pemandu professional bagi memperlihatkan keupayaan sebenar mesin hatchback terpantas itu. 

Renault Megane R.S. kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan dua pilihan transmisi, iaitu manual enam nisbah kelajuan dan dan automatik Efficient Dual Clutch (EDC), juga enam nisbah kelajuan. 

Antara pembaharuan yang dibawakan termasuklah sistem stereng empat roda 4CONTROL - pertama seumpamanya di dalam segmen yang membantu memperbaiki kestabilan kenderaan ketika mengambil selekoh, sistem mampatan hidraulik pada keempat-empat penyerap hentak, serta enjin turbo 1.8 liter yang menghasilkan 280 PS dan 390 Nm. 
 


Khusus buat varian EDC, ciri seperti Multi-Change Down dan Launch Control turut didapati dalam mod pemanduan Sport dan Race, di mana ciri Multi-Change Down membenarkan pemandu menukar beberapa gear yang lebih rendah dengan hanya memegang dengan lebih lama shift paddle di bahagian kiri. 

Bagi mereka yang berminat, Renault Megane R.S boleh didapati pada harga bermula RM279,888 untuk versi manual, dan RM299,888 untuk versi EDC - kedua-dua harga atas jalan tanpa insurans. 

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 km yang mana terdahulu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…