Renault Malaysia Owners' Outing 2017 meriah!

oleh |
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Asalnya hanya bermula dari penubuhan grup WhatsApp bagi pemilik pemilik Renault, khususnya pemilik Renault Kangoo dan Espace, perbincangan mengenai kereta kesayangan dan berkisar selanjutnga dengan pertukaran pendapat serta maklumat akhirnya membuahkan cadangan untuk sesi teh tarik. Perkenalan secara maya ini akhirnya menimbulkan idea untuk satu perhimpunan antara mereka seperti yang pernah dibuat beberapa tahun dahulu.
IMG-20170513-WA0226
Cadangan tak rasmi ini akhirnya membuahkan hasil bilamana satu perhimpunan telah dicadangkan untuk diadakan di perkarangan Mayang Sari Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 13 Mei 2017. Perhimpunan ini telah menyaksikan kehadiran pemilik Renault dari beberapa negeri berdekatan hinggalah ke Johor. Malah ada juga usaha untuk membuat kad identifikasi umpama kad keahlian, hasil  inisiatif para pemilik sendiri.

Perhimpunan keluarga ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga para pemilik, dan juga hidangan makanan serta bbq yang dibawa oleh para peserta untuk dikongsi bersama sesama mereka.

WhatsApp Image 2017-05-13 at 20.09.07 IMG-20170513-WA0223 IMG-20170513-WA0215 IMG-20170513-WA0214 IMG-20170513-WA0209 IMG-20170513-WA0208

Nyata perhimpunan ini telah menjadi satu detik perkenalan antara para pemilik yang selama ini kebanyakannya hanya berkenalan di alam maya dan kini dapat bersua muka secara peribadi. Diharapkan perkenalan yang terjalin akan menjadi persahabatan yang berkekalan sesama mereka untuk berkongsi hobi yang sama. Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir dan yang telah menjayakan acara ini samada secara langsung mahupun tidak langsung, termasuklah mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir bersama kali ini.

card1 WhatsApp Image 2017-05-13 at 20.09.11 WhatsApp Image 2017-05-13 at 20.09.07 IMG-20170513-WA0231 IMG-20170513-WA0230 IMG-20170513-WA0229 IMG-20170513-WA0228 IMG-20170513-WA0225 IMG-20170513-WA0224 IMG-20170513-WA0223 IMG-20170513-WA0222 IMG-20170513-WA0221 IMG-20170513-WA0220 IMG-20170513-WA0219 IMG-20170513-WA0218 IMG-20170513-WA0216 IMG-20170513-WA0212 IMG-20170513-WA0211  IMG-20170513-WA0207 IMG-20170513-WA0205 IMG-20170513-WA0204 IMG-20170513-WA0203 IMG-20170513-WA0202 IMG-20170513-WA0200

Berita Berkenaan

Informasi
Bermula dari penubuhan grup WhatsApp bagi pemilik pemilik Renault, khususnya pemilik Renault kangoo…