Renault Koleos facelift dilancarkan - dua varian, harga bermula dari RM180k

oleh Mohamad Hanif|
TC Euro Cars (TCEC) selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Renault di Malaysia telah melancarkan Renault Koleos yang telah dikemaskini untuk pasaran Malaysia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ditawarkan dalam dua varian iaitu varian standard dan Koleos Signature, Renault Koleos dijana dengan enjin 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 171 PS dan 226 Nm daya kilas, serta transmisi CVT X-Tronic tujuh nisbah kelajuan. 

Dengan sistem pacuan roda hadapan sahaja, Renault Koleos mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 8.1 liter untuk setiap 100 km.

 


Dari segi luaran, varian asas menerima set rim baharu bersaiz 18 inci, manakala varian Koleos Signature menerima rim yang lebih besar bersaiz 19 inci. 

Sementara itu, ruang dalaman pula menampilkan ciri standard untuk kedua-dua varian seperti sistem multimedia R-LINK 2 bersaiz 8.7 inci, ciri sambungan kepada Appe CarPlay dan Android Auto, Bluetooth, slot USB dan ciri pengecaman suara. 
 


Ciri praktikaliti diteruskan dengan penawaran sistem Easy Break yang membolehkan tempat duduk belakang dilipat dengan mudah bagi menyediakan ruang kargo kira-kira 1,690 liter, serta terdapat beberapa lagi ruang storan tambahan di sekeliling kabin untuk kemudahan pengguna. 

Dari segi keselamatan pula, Renault Koleos didatangkan dengan enam beg udara, cagak ISOFIX, sistem amaran titik buta, kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman, bantuan brek, EBD, bantuan mula mendaki serta sensor parkir keliling. 
 


Untuk harga, Renault Koleos dijual pada harga bermula dari RM179,888 untuk varian standard, dan RM189,888 untuk varian Koleos Signature.

Renault Koleos juga turut disediakan menerusi penawaran Renault Subscription yang terdiri daripada dua pelan, iaitu Fixed atau Switch. 

Pelan Fixed menawarkan Koleos pada harga serendah RM2,299 sebulan dengan tempoh kontrak antara satu atau dua tahun yang merangkumi kos cukai jalan, insurans, dan servis. 
 


Manakala Pelan Switch pula adalah untuk mereka yang tidak mahukan sebuah SUV besar untuk kegunaan seharian, akan tetapi boleh memilih untuk merasai sendiri pemanduan Koleos. 

Pengguna boleh mendapatkan sebuah Renault Captur pada harga bulanan RM1,999 dan diberikan pilihan untuk naiktaraf kepada Renault Koleos atau Megane RS 280 Cup. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sejak pelancarannya pada tahun 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati penjaga valet meletakkan kereta berkenaan di kawasan parkir valet sebelum…
Kereta
Neta X merupakan sebuah SUV EV yang bakal bersaing dalam kelas pasaran tempatan segmen-B, dimana…