Renault Koleos 2021 dilancarkan - tiga varian, 171 PS/226 Nm, bermula dari RM182 ribu

oleh Mohamad Hanif|
TC Euro Cars hari ini secara rasmi melancarkan SUV premium Renault Koles 2021 dengan tiga penawaran varian iaitu Koleos, Koleos Signature dan Koleos Signature Plus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model tahun 2021, Renault Koleos membawakan perubahan dari segi penampilan lampu utama LED penuh PureVision, grafik pencahayaan signatur, serta lampu LED belakang standard untuk semua varian.

 


Sementara lampu indikasi membelok belakang dinamik pula telah direka semula supaya menampilkan elemen tiga dimensi.

Varian Signature dan Signature Plus menambah ciri bumbung panorama elektrik yang tidak ada pada varian asas.

 


Ruang kabin Koleos turut dikemaskini dengan kemasan upholsteri kulit hitam Riviera dan trim kayu, sementara varian Signature dan Signature Plus hadir dengan kemasan upholsteri kulit mewah Sand Grey Nappa dengan kombinasi trim kayu Grey.

Selain daripada itu, ciri lain yang dimuatkan pada varian Signature dan Signature Plus adalah tempat duduk hadapan berventilasi, larasan dimensi kusyen, serta sokongan tambahan seperti fungsi urut, headrest Relax dan fungsi simpanan memori pada tempat duduk pemandu.

Sistem infotainmen R-LINK2 pula adalah bersaiz 8.7 inci posisi menegak yang turut didatangkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Renault Koleos 2021 masih lagi mengekalkan enjin petrol 2.5 liter yang menghasilkan 171 PS dan 226 Nm yang dipadankan dengan sistem transmisi CVT X-Tronic.

Harga jualan Renault Koleos 2021 bermula dari RM181,885.68 untuk varian asas, RM201,086.84 untuk varian Signature dan RM206,886.84 untuk versi Signature Plus, lengkap dengan jaminan selama lima tahun dan jarak perbatuan 150,000 km.

TC Euro Cars juga turut menawarkan pelan langganan dengan bayaran bulanan serendah RM2,599 untuk tempoh Renault Subscription sehingga tiga tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
/*-->*/ Menurut CEO TC Euro Cars, Wong Hoe Mun, Renault Malaysia memulakan proses…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam dua varian iaitu varian standard dan Koleos Signature, Renault Koleos dijana…