Renault Kiger - sebuah lagi crossover dalam segmen B untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran India kini merupakan antara sasaran utama pelancaran model-model crossover terbaharu, dan Renault mempunyai sebuah lagi model crossover kecil, dinamakan sebagai Kiger.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Versi yang diperlihatkan kali ini merupakan sebuah model konsep, namun versi produksi dikatakan memiliki dimensi kurang dari empat meter, sekaligus menjadikannya satu lagi pilihan crossover selain daripada Kwid, Duster dan Triber.

 


Dari segi luaran, Renault Kiger membawakan rekaan lampu utama terpisah, dengan lampu nyalaan siang yang hampir merangkumi keseluruhan lebar bahagian hadapan, diikuti dengan tiga unit lampu LED di bahagian bawah.

Sebagai sebuah model konsep, bentuk cermin sisinya sedikit futuristik, diikuti dengan bumbung semi-terapung, serta rekaan pemegang pintu dan rak bumbung yang juga sedikit aneh.

 


Sementara bahagian belakang pula menampilkan spoiler, lampu belakang berbentuk C dan diikuti dengan sistem ekzos yang diposisikan di bahagian tengah bampar.

Model konsep Renault Kiger ini juga menampilkan elemen warna aksen fluorescent hijau terang Aurora Borealis yang boleh didapati pada pemegang pintu, bumper, logo dan juga angkup brek.

 


Tidak mengejutkan apabila Renault Kiger berkongsi enjin tiga silinder sebaris dengan Nissan Magnite, iaitu nadi aspirasi natural 1.0 liter (72 hp) yang dipadankan dengan transmisi manual atau AMT, serta enjin 1.0 liter turbo (95 hp) yang digandingkan dengan kotak gear manual atau CVT.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Kiger tersebut akhirnya rasmi dilancarkan dalam versi produksi sebenar, di mana ia…