Renault jual pegangan dalam AvtoVAZ dengan nilai 1 Rouble (RM0.06)

oleh Mohamad Hanif|
Renault akan menyerahkan kesemua pegangannya di dalam syariakt AvtoVAZ kepada fasiliti penyelidikan automotif Russia, NAMI.

Menurut laporan Reuters, NAMI akan mengambil alih kesemua 68 peratus pegangan Renault dengan nilai simbolik 1 Rouble (RM0.06).

Institusi penyelidikan yang ditubuhkan sejak lebih 100 tahun yang lalu itu merupakan organisasi peneraju di dalam pembangunan industri automotif negara tersebut, dan paling dikenali adalah kenderaan rasmi presiden Vladimir Putin - Aurus Senat.

Menurut Menteri Perdagangan Rusia, Renault masih lagi mempunyai peluang untuk menguasai kembali AvtoVAZ dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang, namun dengan kos yang jauh lebih tinggi daripada nilai 1 Rouble.

Sebagai tambahan, kilang Renault yang digunakan oleh Renault dan Nissan di Moscow juga akan dijual kepada kerajaan tempatan.

Renault mula memegang kepentingan dalam AvtoVAZ pada tahun 2008 dengan jumlah awal 25 peratus dengan nilai melebih $1 bilion.

Lebih daripada 750 buah syarikat telah pun mengumumkan penamatan operasi di Rusia disebabkan oleh serangan negara itu ke atas Ukraine pada 24 Februari yang lalu.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Pendekatan tersebut menandakan perubahan strategi jenama Perancis itu yang sebelum ini lebih…
Berita Global
Walaupun menggunakan nama Duster, pendekatan yang diambil Renault jelas lebih premium dan…
Berita Global
Antara produk paling menonjol ialah Renault Trafic Van E-Tech electric yang serba baharu. Reka…