Renault Grand Kangoo 2024 - ruang kabin lebih luas, lebih seribu konfigurasi tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di IAA Mobility Munich 2023, Renault memperlihatkan sebuah model pelbagai guna serba baharu yang menawarkan praktikaliti yang lebih meluas pada harga mampu milik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Renault Grand Kangoo 2024 ini dibangun berdasarkan generasi ketiga Kangoo yang dilancarkan pada tahun 2020, dengan ukuran dimensi yang lebih panjang, dan boleh memuatkan tujuh orang pada satu-satu masa.

Urusan keluar masuk juga dipermudahkan dengan kehadiran pintu gelangsar pada bahagian kiri dan kanan, dengan bukaan yang lebih besar.
 

renault kangoo


Menurut Renault, Grand Kangoo ini mempunyai tidak kurang 1,024 konfigurasi tempat duduk yang boleh diubah bergantung kepada keperluan semasa.  

Bukan itu sahaja, ruang kargo kini sebesar 500 liter dan boleh dibesarkan kepada 3,750 liter.

Ini bermakna, anda boleh meletakkan barang dengan ukuran panjang sehingga 3.11 meter setelah anda melipat tempat duduk penumpang hadapan.
 

kangoo


Ciri kemudahan lain termasuklah kamera undur, pemanas tempat duduk hadapan dan roda stereng, sistem infohibur EasyLink, serta ruang storan tambahan sebesar 58 liter.

Terdapat sehingga lima cagak ISOFIX yang disediakan pada Grand Kangoo, menjadikannya salah satu kenderaan mesra keluarga yang ada di dalam pasaran.

Renault Grand Kangoo ini boleh didapati dengan enjin petrol 130 hp (padanan transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar tujuh kelajuan) atau enjin diesel 95 hp dengan kotak gear manual.
 

akngoo


Mereka yang mahukan MPV mesra alam boleh mendapatkan Grand Kangoo E-Tech yang dilengkapi dengan motor elektrik 121 hp/180 Nm, pek bateri 45 kWh, dengan jarak gerak sejauh 265 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).

Pengecasan pantas DC boleh menambah jarak sejauh 170 km dalam masa 27 minit, 80 km dalam masa 10 minit dengan kuasa 80 kW, atau 10 hingga 80 peratus dalam masa 2 jam 40 minit menggunakan pengecas AC.

Renault turut menawarkan jaminan bateri selama lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km, di mana penukaran adalah percuma sekiranya kapasiti bateri menurun di bawah 70 peratus sepanjang tempoh tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Mercedes-Benz meluaskan lagi penawaran kenderaan kompak tersebut dengan pengenalan model T-…
Model Terbaharu
Mercedes-Benz Citan 2022 berkongsi platform yang sama dengan Renault Kangoo, namun dengan rekaan…
Berita Global
Mercedes-Benz EQT Concept (T-Class) merupakan sebuah minivan yang dikhususkan untuk membawa…