Renault EZ-FLEX - kenderaan komersil ringan urban berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada kepentingan kenderaan komersil ringan, Renault membuat keputusan untuk mentransformasikan kereta EZ-Pro Concept kepada versi produksi massa. 

Dinamakan sebagai EZ-FLEX, van kargo mini berkuasa elektrik ini memfokuskan kepada perkhidmatan mobiliti urban atau lebih tepat lagi perkhidmatan penghantaran di dalam kawasan bandar. 
 


Menurut Renault, ruang kargo EZ-FLEX ini sememangnya direka supaya mudah untuk dikonfigurasikan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan. 

EZ-FLEX ternyata sesuai untuk kegunaan dalam bandar, terima kasih kepada saiznya yang kompak membolehkan ia mencapai radius putaran sekecil 4.5 meter sahaja. 

Manakala trenkuasa elektrik mampu memberikan jarak sejauh 100 km, cukup untuk meliputi tugasan penghantaran di dalam bandar. 
 


Ruang kokpit pula menampilkan rekaan yang berorientasikan pemandu, terdiri daripada skrin paparan lebar di bahagian tengah serta terdapat ruang meletak barang seperti peranti pintar dan botol air. 

Menariknya, sebelum ia diproduksikan secara besar-besaran, Renault akan meminjamkan beberapa buah unit kepada syarikat professional, dewan bandar serta pejabat di sekitar Eropah untuk tujuan eksperimentasi. 

Ini termasuklah mengumpulkan data geolokasi, kelajuan, jarak perbatuan dan jarak operasi, serta konfigurasi bukaan kargo supaya Renault mampu menghasilkan sebuah produk spesifik untuk pelbagai tujuan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…