Renault ElectriCity bakal jadi kilang mega EV terbesar di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Renault baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk menggabungkan ketiga-tiga kilang di utara Perancis untuk membentuk sebuah kilang mega yang mampu menghasilkan lebih daripada 400,000 kenderaan setahun menjelang tahun 2025.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Salah satu daripada kilang tersebut, fasiliti Douai bakal menjadi lokasi pemasangan kenderaan penumpang berkuasa elektrik termasuklah Megane E-Vision dan 5 EV, serta kenderaan komersial elektrik dan pemasangan komponen EV.

Menurut Renault, fasiliti Maubeuge sebelum ini digunakan untuk memasang kenderaan komersial Renault sejak tahun 1980 seperti van Kangoo dan Mercedes-Benz Citan, dan ia akan diteruskan dengan Kangoo E-Tech Electric, Citan generasi baharu dan Nissan NV200.

Sementara kilang Ruitz yang kini menghasilkan kotak gear akan digunakan untuk menghasilkan komponen bagi kenderaan elektrik.

Tambah Renault lagi, ElectriCity bakal mencipta 700 peluang pekerjaan baharu menjelang 2024 dan mereka juga akan turut membangunkan sebuah universiti dan pusat latihan bagi melatih tenaga mahir yang diperlukan untuk produksi EV.

Pelan tersebut nampaknya tidak merangkumi perancangan untuk menghasilkan pek bateri.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan…
Berita Global
Lebih 2,000 komponen motosikal elektrik turut musnah dalam kebakaran itu, kata media kerajaan.…
Berita Global
Ketua BYD Mexico, Jorge Vallejo memberitahu Reuters bahawa insentif daripada negeri meliputi faedah…