Renault dan Toyota mendahului jualan kenderaan di Eropah

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan kenderaan di Eropah meningkat sebanyak 5.9 peratus bulan Oktober lalu.

Renault, Toyota dan Seat berada di tiga tempat teratas dengan pendaftaran kenderaan meningkat kepada 1.21 juta berbanding dengan 1.17 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

 

Jualan bulanan Toyota meningkat sebanyak 21 peratus sementara Renault menunjukan peningkatan sebanyak 18 peratus.

Kumpulan PSA (Peugeot dan Citroen) mencatat tambahan jualan sebanyak 74 peratus kerana kali ini jumlah jualan Opel dan Vauxhall mula diambil kira.

 

Jumlah jualan keseluruhan untuk Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall melihat jumlah jualan kesemua jenama itu meningkat sebanyak 6.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Kumpulan VW mencacat peningkatan sebanyak 4.7 peratus, diikuti oleh peningkatan jualan model dari model Seat sebanyak 21 peratus dan 11 peratus peningkatan di Skoda.

Jenama kenderaan VW sendiri mengalami peningkatan jualan sebanyak 2.2 peratus sementara Audi jatuh kepada 1.5 persen. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pendekatan tersebut menandakan perubahan strategi jenama Perancis itu yang sebelum ini lebih…
Berita Global
Walaupun menggunakan nama Duster, pendekatan yang diambil Renault jelas lebih premium dan…
Berita Global
Antara produk paling menonjol ialah Renault Trafic Van E-Tech electric yang serba baharu. Reka…