Renault Clio generasi kelima - amaran kepada Polo, Fiesta!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hatchback generasi kelima Clio baharu sahaja didedahkan oleh Renault dalam usaha untuk memberikan lebih pilihan kepada para pengguna di dalam segmen supermini. 

Ditakdirkan untuk bersaing dengan Volkswagen Polo, Ford Fiesta dan beberapa model di dalam segmen B, Renault Clio generasi kelima ini dilihat menampilkan evolusi rekaan yang lebih menarik. 

Dimulakan dengan bahagian hadapan, Renault Clio menerima ciri gril yang lebih besar, rekaan bumper serba baharu dan lampu utama jenis LED yang diakhiri dengan lampu nyalaan siang berbentuk C - rekaan yang serupa pada abangnya Megane. 
 


Jika dibandingkan dengan model semasa, Clio Mk5 ini dikatakan lebih pendek 14 mm dari segi panjang, dan ketinggian juga direndahkan sebanyak 30 mm untuk tujuan aerodinamik. 

Namun begitu, terima kasih kepada platform CMF-B yang digunakan, Renault Clio mampu menawarkan pakej ruang yang lebih bijak untuk keselesaan para penumpang. 

Ruang storan barangan di belakang juga mampu dinaikkan kapasitinya kepada 391 liter, terbesar di dalam kelasnya seperti yang didakwa oleh Renault. 
 


Seperti yang didedahkan oleh Renault tempoh hari,bahagian ruang kabin menampilkan skrin multimedia bersaiz 9.3 inci, antara yang terbesar pernah ditawarkan oleh Renault. 

Manakala kluster digital untuk pemandu pula ditawarkan dalam tiga variasi saiz, bermula dari 7 sehinggalah kepada 10 inci dengan ciri navigasi pemetaan untuk versi premium. 

Rekaan stereng juga kini menampilkan ruang beg udara yang lebih kompak, sekaligus memudahkan pandangan pemandu kepada bahagian kluster meter. 
 


Selain daripada varian standard, Renault juga turut menawarkan varian Clio RS menggantikan trim GT-Line, dan mendapat barangan sporty seperti gril sarang lebah, rim 17 inci, kerusi sports, stereng balutan kulit, set pedal aluminium dan elemen gentian karbon. 

Butiran lanjut seperti barisan enjin dan harga jualan akan diumumkan oleh Renault tidak lama lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…