Renault Captur Trophy Limited Edition - bermula dari RM1,499 per bulan

oleh Mohamad Hanif|
Renault Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini penawaran Captur untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan unit edisi terhad Captur Trophy.

Jika dibandingkan dengan Renault Captur standard, Captur Trophy membawakan elemen yang lebih sporty, terima kasih kepada penggunaan warna Vibrant Orange Trophy yang mengambil inspirasi daripada warna Orange Tonic Megane R.S.

Bumper hadapan dan belakang juga turut diberikan nafas baharu manakala bahagian sisi pula menerima kemasan decal chequered flag tiga dimensi. 

Untuk kemudahan para pengguna, crossover segmen B ini juga turut didatangkan dengan tailgate berkuasa bebas tangan. 

Aspek mekanikal pula tidak berubah, dan masih kekal dengan enjin 1.2 liter TCe 120 menghasilkan 120 PS dan 205 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi EDC enam kelajuan dan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.9 liter/100 km.

Harga jualan pula bermula dari RM107,980 atas jalan tanpa insurans, atau pada harga bulanan serendah RM1,499 untuk tempoh dua tahun atau RM1,699 untuk setahun di bawah pelan Renault Subscription. 

Untuk lima pelanggan yang bertuah, Renault Malaysia memberikan peluang kepada mereka membawa pulang Renault Megane R.S untuk tempoh sebulan. 

 


Pelanggan yang memilih Switch Prime Plan pula akan diberikan keutamaan akses selama empat bulan kepada kenderaan Renault yang lain, seperti Koleos dan juga Megane R.S.

Setiap pembelian kenderaan Renault akan tertakluk di bawah jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta pakej servis percuma (termasuk kos buruh dan alat ganti) untuk lima tahun atau 100,000 km yang mana terdahulu.

Program Renault Honour pula menjamin nilai jualan semula kenderaan sekiranya para pelanggan berniat untuk melakukan trade-in kepada mana-mana model baharu Renault pada masa akan datang dan terdapat untuk tempoh terhad sahaja. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, rekaan lampu berlapis yang aneh itu nampaknya sudah menjadi satu kelaziman di dalam dunia…
Berita Global
Memandangkan Renault Captur sudah lama berada di pasaran, memang sudah tiba masanya untuk pengeluar…
Berita Domestik
Kali ini, tanpa segan silu dan selindung, laman Instagram Geely Auto telah memberikan bayangan …