Renault Captur kini cuma RM109k

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Renault Captur kini ditawarkan cuma RM109,000 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insuran untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi) berbanding yang sebelumnya, dijual pada harga sekitar RM120,000. Bukan itu sahaja, harga tersebut akan ditolak sebanyak RM11,000 buat 100 orang pelanggan terawal yang membuat tempahan. Selain harga yang berpatutan, kenderaan ini juga telah diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga EEV.

P1200392

Kenapa harga Renault Captur dah murah? Untuk makluman, Renault dan TC Euro Cars (TCEC) kini akan menghasilkan Renault Captur yang akan dipasang di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut. Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran kenderaan kompak di Malaysia dan Renault Captur ini merupakan model pemasangan tempatan yang ketiga buat Renault di Malaysia. “Malaysia merupakan satu-satunya negara selepas kemudahan Renault di Sepanyol yang memasang Captur. Ini jelas membuktikan komitmen berterusan Renault terhadap pasaran Malaysia”  kata Naib Presiden, Rantaian Pembekalan Renault Asia-Pasifik, Kim Taejoon.

P1200370

Spesifikasi Renault Captur Selain spesifikasi dan ciri-ciri sama yang boleh didapati pada versi import, Renault Capture pemasangan tempatan akan tampil dalam satu kombinasi warna baharu iaitu merah dua tona (flame red) dan pada bahagian bumbung pula berwarna hitam (diamond black). Warna lain yang ditawarkan:
  • Oren (badan)/ Hitam (bumbung)
  • Biru (badan)/ putih (bumbung)
  • Putih (badan)/ hitam (bumbung).
[gallery columns="2" size="large" ids="28041,28042"] Bentuknya yang kompak, posisi pemanduan tinggi dengan jarak kelegaan tanah yang luas dan rim bersaiz 17 inci memang ideal untuk pemandu yang berjiwa aktif. [gallery columns="2" size="large" ids="28035,28038"]
  • Renault Captur dikuasakan oleh enjin turbocharged TCe 120 yang dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Cluth (EDC) enam kelajuan.
  • Ia mampu menghasilkan kuasa tork lebih tinggi berbanding aspirasi biasa bersesaran 1.8L untuk memberi pecutan mantap daripada putaran enjin yang rendah.
  • Pada masa yang sama, crossover ini juga dapat menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4L/100km.
[gallery ids="28048,28043,28044"] Ciri-ciri standard dan sistem keselamatan:
  • Lampu utama automatik dan alat pengesan hujan (rain sensor)
  • MediaNav dengan skrin sesentuh bersaiz 7,AUX,USB,Bluetooth, Navigasi dan Kamera Undur
  • Sistem kemasukkan tanpa kunci dan butang penghidup enjin
  • Mod Eco untuk penjimatan tambahan sehingga sepuluh peratus
  • Empat unit beg udara berkecekapan tinggi- dua di hadapan dan dua di bahagian kepala/thoraks sisi. Satu algoritma khas mengubah suai cara kepala/thoraks diaktifkan untuk disesuaikan dengan tahap kesiriusan pelanggan.
  • Electronic stability control (ESC) dengan kawalan cengkaman (traction control)
  • Hill start assist
  • Hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.
  • Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insuran.
[gallery ids="28048,28047,28046"] Pelanggan juga boleh mendapatkan tempat duduk yang dibalut kulit pada harga tambahan. Renault Captur pemasangan tempatan akan dijual secara rasmi bermula esok 19 April 2017. TCEC juga bakal mempamerkan Renault Captur di ruang pameran LG, Oval Concourse, pusat membeli-belah 1 Utama pada 19-23 April 2017. [gallery columns="2" size="medium" ids="28040,28036"] Gambar:Nurdiana Ismadi dan Renault Malaysia