Namun, hayat Zoe nampaknya tidak begitu bertahan lama apabila Renault dilapor membuat keputusan untuk menamatkan penawaran EV kecil tersebut kelak bagi memberikan laluan kepada model Clio generasi baharu dan model baharu R5.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi Renault, Fabrice Cambolive, baru-baru ini.
Bercakap kepada Autocar, untuk tempoh beberapa tahun akan datang, model-model hibrid dan EV akan wujud seiring, di mana model Clio dan Captur akan kekal menjadi sebahagian daripada model Renault sehingga tahun 2035 sebagai alternatif model hibrid kepada model retro moden Renault 5 dan Renault 4 EV.

Disebabkan mahu meringkaskan lagi penawaran kereta di dalam segmen B, tiada ruang untuk Renault terus menawarkan model pengganti bagi EV Zoe pada masa akan datang.
Cambolive turut mencadangkan barisan model yang sempurna untuk pasaran Eropah terdiri daripada empat EV (R5, R4, Megane & Scenic), serta empat model hibrid (Clio, Captur, Arkana dan Austral).

Sebelum ini pada Januari 2021, naib presiden eksekutif Renault Group, Laurens van den Acker memberitahu laman Autocar yang mendakwa Zoe tidak akan dihentikan penjualannya.
"Adakah ini satu pengakhiran buat Zoe? Jawapannya tidak, kerana Zoe merupakan EV yang paling laris terjual di Eropah. Jadi, satu tindakan yang tidak wajar untuk menghentikan penjualan kereta paling laris di dalam segmennya.
Setakat ini, Renault belum mengesahkan penamatan produksi model Zoe, di mana kali terakhir ia dikemaskini adalah pada Jun 2022 dengan penambahan trim baharu serta kelengkapan standard yang lebih banyak.
Sumber: Autocar