Renault Arkana - Terima kasih kepada Proton Gen.2!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Harus diakui segmen SUV semakin hari semakin berkembang. Ada saja model baharu dilancarkan dan sebelum pasaran menjadi tepu sesuatu harus dilakukan bagi menunjukkan kelainan.

Jika dahulu SUV lebih kepada reka bentuk selamat dan berkotak, trend sekarang ini sudah menjurus kepada funky dan bergaya.

Banyak contoh yang boleh dilihat seperti Nissan Juke, Honda HR-V, Toyota C-HR dan Hyundai Kona.

Dalam pasaran mewah pula tidak kurang saingannya seperti BMW X6, Mercedes-Benz GLE dan terbaru ialah Lamborghini Urus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Renault Arkona

BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE kelihatan lebih unik kerana ia adalah coupé dalam bentuk SUV. Nama popularnya ialah coupé-crossover atau coupé SUV.

Model-model premium yang disebutkan mempunyai tanda harga tinggi dan oleh itu pengeluar massa manakah dapat menghidu peluang ini?

Jawapannya ialah Renault.

Pada Pameran Kenderaan Moscow akan datang, Renault bakal mempertontonkan model baharu Arkana yang berada dalam segmen C.

Renault Arkona

SUV dalam segmen C begitu kompetitif dengan pelbagai tawaran seperti Honda CR-V, Nissan X-Trail, Volkswagen Tiguan, Hyundai Tucson, Kia Sportage dan dari Renaut sendiri iaitu Koleos.

Apa yang membezakan Arkana berbanding pesaing lain ialah reka bentuk unik coupé SUV dan ia adalah sesuatu yang segar dalam segmen C.

Renault tidak mendedahkan banyak maklumat tentang Arkana seperti jenis enjin dan saiznya. Indikator harga juga tidak diberitahu walaubagaimanapun berikut ialah serba sedikit maklumat tentang Arkana:

  • Reka bentuk coupé SUV tetapi jarak kelegaan bumi Arkana tetap tinggi
  • Untuk keseimbangan ruang roda, saiz rim yang digunakan ialah 19 inci. Lebih kecil daripada saiz itu mungkin mengakibatkan ciri yang tidak harmoni dengan reka bentuk sporti
  • Arkana akan mula ditawarkan di Rusia terlebih dahulu pada 2019 sebelum negara lain serata dunia
  • Di antara pasaran tersebut ialah Asia (termasuk Malaysia?)
  • Setakat ini Renault tidak merancang untuk menawarkan Arkana ke Eropah
  • Groupe Renault mempunyai pasaran besar di Rusia dengan pegangan pasaran sebanyak 28 peratus (448,270) jualan pada 2017
  • Rusia sekarang ini adalah pasaran kedua terbesar Groupe Renault dan menjelang 2022 bakal menjadi pasaran pertama terbesar
  • Idea untuk projek Arkana ini berasal dari Rusia dengan penglibatan signifikan dari Renault Rusia
Renault Arkona

 

Sebagai rakyat Malaysia pula kita harus berbangga apabila BMW tampil dengan X6 yang mempunyai reka bentuk ala Proton Gen.2.

Mercedes-Benz kemudian menyainginya dengan GLE dan kini Renault pula membuka segmen C coupé SUV melalui Arkana.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…